Friday 18 January 2013

aurat wanita dihadapan lelaki bukan mahram

assalamualaikum. Alhamdulillah pembaca masih boleh meneroka blog ini kerana masih bernafas di muka bumi Allah. nampaknya Allah masih sayangkan kita dan memberi peluang kepada kita untuk melanjut dan menambahbaik mutu ibadat kita.

masih berkisarkan kaum hawa, entri kali ini adalah berkenanaan tajuk batasan aurat wanita apabila berhadapan dengan kaum lelaki yang bukan mahram kita.

umum tahu kan, bahawa aurat wanita jika berhadapan dengan lelaki yang bukan mahram adalah seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan.

tetapi ramai lagi yang 'TAHU' tapi pura2 tak tahu. kenapa mereke boleh berfikiran demikian? mungkin hasutan syaitan yang mendorong mereka sebegitu.



seronoknya tutup aurat....

ya memang seronok, dengan menutup aurat, sesungguhnya kita akan rasa lebih yakin untuk berhadapan dengan semua orang. Tidak kira lelaki mahupun perempuan. kita juga akan berasa selamat dan rasa terlindung daripada mana-mana gangguan lelaki.

|" perempuan yang tutup aurat pun kena rogol,"|

ya benar. perempuan yang tutup aurat lengkap sekalipun tidak terlepas daripada musibah. sekurang-kurangnya perempuan yang dirogol tersebut menutup aurat, sedangkan kita yang tidak menutup aurat? bagaimana pulak?? 

Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [33:59]


Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. [24:31]



renung-renungkan, dan selamat beramal :)

No comments:

Post a Comment